Laman Web Rasmi Majlis Daerah Serian

Serian Bandar Ceria Dan Mesra

Pautan Pantas


Majlis Daerah Serian merupakan salah sebuah daripada 20 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang wujud di Negeri Sarawak, Malaysia pada tahun 1940-an. Ia ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah Seksyen 3 'The Upper Sadong District Council' atau Majlis Daerah Hulu Sadong, Ordinan Kuasa Tempatan, 1959 dan Undang-Undang Subsidiari yang dibentuk mengikut 'Gazette Notification No. 5, 1959.

Pada tahun 1985, Majlis Daerah Serian kemudiannya dikenali sebagai "The Serian District Council" atau Majlis Daerah Serian. Bandar Serian, yang terletak dalam kawasan Majlis Daerah Serian, mempunyai 307 buah kampung dan kepadatan penduduk sebanyak 154,790 orang. Majoriti penduduk di kawasan ini terdiri daripada masyarakat Bidayuh.



 

Berita Terkini