Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

PERMIT e-BAZAAR RAMADHAN 2020
Tarikh : 01 May 2020
 

Majlis Daerah Serian dengan ini merujuk kepada Kenyataan Media oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melalui JPBN Bil 76/2020 bertarikh 23 April 2020 seperti berkepil telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

  1. Peniaga-peniaga hanya dibenarkan untuk menjual barangan makanan atas talian iaitu melalui e-Bazar Ramadhan.
  2. Waktu yang dibenarkan untuk berniaga ialah dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang.
  3. Peniaga dan orang ramai yang ingin mendaftar untuk berurusniaga melalui jual beli di atas talian, bolehlah memuat naik beberapa aplikasi yang telah disediakan seperti HELPY Service, Grab Food dan Food Panda , serta aplikasi pembekal-pembekal makanan lain yang menyediakan perkhidmatan penghantar atau rider.

Oleh yang demikian, semua pengusaha makanan di kawasan MD Serian adalah disarankan untuk mendaftar dengan pihak MD Serian untuk menjamin keselamatan dan kebersihan penyediaan makanan.

Permohonan boleh diakses melalui:

https://community-service.sarawak.gov.my/