Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Nov 2019
Versi 8.2.2
Struktur MajlisStruktur Majlis

Majlis Daerah Serian mempunyai seramai 100 orang penjawat awam yang diketuai oleh Setiausaha, Gred N.48. Beliau merupakan Ketua Eksekutif Majlis.

Majlis Daerah Serian merupakan PBT yang diurustadbir oleh dua badan penting, iaitu badan perundangan (legislative body) dan badan eksekutif (executive body). Badan eksekutif adalah terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam (Perintah Am Pentadbiran) dan merupakan pelaksanaan polisi yang telah diputuskan oleh badan perundangan.

Majlis ini diterajui oleh seorang Pengerusi (perundangan) seorang Timbalan Pengerusi (perundangan) dan 25 orang Ahli Majlis (perundangan) yang dilantik dan Setiausaha (eksekutif). Jentera pengurusan disempurnakan oleh 97 orang anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai peringkat klasifikasi tugas di bawah urus tadbir Setiausaha. Pengerusi Majlis pula merupakan seorang Pegawai Daerah yang dilantik secara automatik mengikut Seksyen 12(2) dan (3), Ordinan Kuasa Tempatan, 1996. Manakala Ahli Majlis dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas cadangan oleh parti-parti politik dimana mereka merupakan rakyat Malaysia dan penduduk asal Negeri Sarawak. Tugas utama mereka ialah sebagai badan penggubal dasar dan polisi dan keputusan mereka akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan di samping menjalankan tugas-tugas rutin.

Majlis mempunyai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang berlainan terdiri daripada Ahli Majlis untuk membuat keputusan apabila terdapat usul dibentangkan. Secara spesifiknya Jawatankuasa tersebut ialah:-

1. Jawatankuasa Tetap Kewangan & Sumber Manusia.

2. Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Pasar & Perlesenan.

3. Jawatankuasa Tetap Kerja Awam, Trafik & Kawalan Bangunan.

4. Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Landskap & Perlancongan.

5. Jawatankuasa Tetap Sukan, Komuniti & Maksud Am.

6. Jawatankuasa Pembukaan Sebut Harga Tender.

7. Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga.

8. Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga Tender.

Disamping itu, terdapat juga Jawatankuasa Kecil Pelaburan dan Pembangunan, Jawatankuasa Kecil Displin dan Jawatankuasa Kecil Sosial. Setiap Jawatankuasa perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan jika perlu kekerapannya mengikut kehendak usul yang dibangkitkan, sebagai contoh setiap projek pembangunan yang telah dirancang perlu dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Awam, Trafik dan Kawalan Bangunan, dan sekiranya terdapat perkara yang sangat rumit, ia perlulah diteliti dan dibincangkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kecil Pelaburan dan Pembangunan. Jawatankuasa ini akan menentukan dengan sebaik-baiknya keadaan sebenar dan impak kepada ekonomi, sosial dan pembangunan seterusnya pada masa depan. Pembangunan harta tanah yang akan diadakan banyak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini.

Senarai Ahli Majlis mengikut sistem zon.

Bil. Nama Kaunselor Jawatan No. Telefon
1 Encik Lim Hock Meng  Pengerusi 082-874511
2 Cr. Asem Linkin
Timbalan Pengerusi 013-8187828
3 Cr. Harrison Lunsa
Ahli 016-8866104
4 Cr. Abd. Rahman Abdullah
Ahli 013-8101010
5 Cr. Thaddeaus Atek Ontoh
Ahli 010-4087717
6 Cr. Leong Pit Wee
Ahli 013-5733635
7 Cr. Lawrence Lubon Kundi
Ahli 019-8868262
8 Cr. Julias Aus Ahli 019-8288730
9 Cr. Barnabas Kulor Kaoz D'Junior Ahli 013-8258323
10 Cr. Boni Dawel Ahli 019-4593235
11 Cr. Bill Thomas Junggu  Ahli 019-8789418
12 Cr. Redwan bin Abdullah Ahli 019-8784846
13 Cr. Edward Sayu
Ahli 019-8240612/014-5856918
14 Cr Jawa @ Lawas Musan Ahli 019-8378116
15 Cr. Hyginus Kevin  Akeu Ahli 019-8271380
16 Cr. Damen Rejek
Ahli 012-8879394
17 Cr. Veronica Harry Bawar
Ahli 012-8081330
18 Cr. Saidin Abd Rahman
Ahli 011-14061088
19 Cr. Neuchlos Jub
Ahli 0111-0558378
20 Cr. Denis Ahkow
Ahli 011-38380000/082-617179
21 Cr. Betsy Ringan
Ahli 017-8093115
22 Cr. Duncan Dalot
Ahli 013-8262500
23 Cr. Chai Jee Tak
Ahli 019-8895893
24 Cr. Norma Rantu Ahli 019-4681069
25 Cr. Kalas Inchap
Ahli 013-8305811
26 Cr. Ricky Pree
Ahli 014-3920923
27 Cr. Michaelina Richard Riot
Ahli 012-8880671
28 Cr. Collin Raman Nyandang
Ahli 019-8280978
29 Cr. Jingka Salen
Ahli 017-8092548
30 Cr. Pansin Bajah
Ahli 014-8829560
31 Cr. Philip Langit
Ahli 019-8375547
32 Cr. Chua Tok Siew
Ahli 019-8288864