1. |
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status perlaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |
2. |
Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
3. |
Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan. |
4. |
“Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja. |
5. |
Semua tuntutan bayaran dibayar dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja. |
6. |
Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis |
7. |
Buku baru yang diperolehi melalui perolehan Pihak Berkuasa Tempatan dan pinjaman berkelompok diproses dan dipamerkan untuk pinjaman dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh penerimaan. |
8. |
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang. |
9. |
Keputusan permohonan lesen perniagaan dikeluarkan dalam masa tiga (3) hari bekerja. |
10. |
Bil cukai taksiran dihantar kepada pelanggan selewat-lewatnya pada 30 April dan 30 September pada setiap tahun. |
11. |
Minit Mesyuarat Majlis hendaklah disediakan dan diedarkan dalam masa tujuh (7)hari bekerja. |
12. |
Sekurang-kurangnya 95% pegawai Gred 22 dan ke atas menghadiri latihan sekurang-kurangnya 42 jam setahun. |
13. |
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan lapan puluh lima peratus (85%) dalam tahun semasa. |
14. |
Sekurang-kurangnya lapan puluh lima peratus (85%) jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa. |