| 1. |
Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar/seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
| 2. |
Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan. |
| 3. |
"Occupation Permit hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas penerimaan Borang F. |
| 4. |
100% jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa. |
| 5. |
Merancang program dan aktiviti perpustakaan secara tahunan dan dilaksanakan 100% pada tahun semasa. |
| 6. |
Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan/pelanggaran undang-undang. |
| 7. |
Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk/badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan 100% dalam tahun semasa. |
| 8. |
Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis. |
| 9. |
Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh 90 hari bekerja. |
| 10. |
Semua bil cukai taksiran dihantar satu (1) bulan sebelum tarikh pembayaran yang diwartakan. |
| 11. |
Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima. |