Laman Web Rasmi Majlis Daerah Serian

Serian Bandar Ceria Dan Mesra

Majlis Daerah Serian (MDS) merupakan salah satu daripada 20 PBT yang wujud di Negeri Sarawak pada tahun 40-an.  Ia telah ditubuhkan pada tahun 1948 di bawah Seksyen 3 ‘The Upper Sadong District Council’ atau  Majlis Daerah Hulu Sadong, Ordinan Kuasa Tempatan, 1959 dan Undang-Undang Subsidiari yang dibentuk mengikut ‘Gazette Notification No. 5, 1959.  Namun ianya dikenali sebagai “The Serian District Council” atau Majlis Daerah Serian pada tahun 1985.  Bandar Serian mempunyai 307 buah kampung dengan kepadatan penduduk 154,790 orang dengan majoriti penduduk terdiri daripada kaum Bidayuh.