Ahli Majlis, Majlis Daerah Serian 2025-2028

Majlis Daerah Serian merupakan PBT yang diurus tadbir oleh dua badan penting, iaitu badan perundangan (legislative body) dan badan eksekutif (executive body). Badan eksekutif adalah terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam (Perintah Am Pentadbiran) dan merupakan pelaksanaan polisi yang telah diputuskan oleh badan perundangan.
Ahli Majlis diketuai oleh seorang Pengerusi (perundangan) dan 31 orang Ahli Majlis (perundangan) yang dilantik dan Setiausaha (eksekutif). Jentera pengurusan disempurnakan oleh 122 orang anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai peringkat klasifikasi tugas di bawah urus tadbir Setiausaha. Pengerusi Majlis pula merupakan seorang Pegawai Daerah yang dilantik secara automatik mengikut Seksyen 12(2) dan (3), Ordinan Kuasa Tempatan, 1996. Manakala Ahli Majlis dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas cadangan oleh parti-parti politik dimana mereka merupakan rakyat Malaysia dan penduduk asal Negeri Sarawak. Tugas utama mereka ialah sebagai badan penggubal dasar dan polisi dan keputusan mereka akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan di samping menjalankan tugas-tugas rutin.
Majlis mempunyai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang berlainan terdiri daripada Ahli Majlis untuk membuat keputusan apabila terdapat usul dibentangkan. Secara spesifiknya Jawatankuasa tersebut ialah:-
1. Jawatankuasa Tetap Kewangan & Sumber Manusia.
2. Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Pasar & Perlesenan.
3. Jawatankuasa Tetap Kerja Awam, Trafik & Kawalan Bangunan.
4. Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Landskap & Perlancongan.
5. Jawatankuasa Tetap Sukan, Komuniti & Maksud Am.
6. Jawatankuasa Pembukaan Sebut Harga Tender.
7. Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Harga.
8. Jawatankuasa Pemilihan Sebut Harga Tender.