Rasional Logo


 


MAKSUD BENTUK, SIMBOL DAN WARNA LOGO

 

1.  WARNA

1.1. Warna HIJAU melambangkan KECERIAAN, KEMESRAAN DAN KESEGARAN

1.2.  Warna BIRU melambangkan KEHARMONIAN, PERPADUAN DAN KEDAMAIAN

1.3.  Warna KUNING melambangkan KEAGUNGAN,KEKUASAAN,KEBESARAN DAN KEMULIAAN

1.4.  Warna PUTIH melambangkan KESUCIAN

1.5.  Warna HITAM melambangkan KETEGASAN

1.6.  Warna MERAH melambangkan KEBERANIAN

2.  BENTUK/SIMBOL

2.1.  Gabungan 2 bentuk segi tiga sama yang berwarna merah dan hitam dan bentuk belian yang berwarna kuning warna lambang Negeri Sarawak melambangkan MDS mempunyai matlamat  yang jitu ke arah kemajuan, pembangunan dari segi infrastruktur, sosial, ekonomi, kesihatan dan kerohanian serta senantiasa ingin di hadapan untuk memberi perkhidmatan yang sama rata, tulus, ikhlas, ceria dan mesra kepada ke semua penjuru di Daerah Serian. (Tumpuan perkhidmatan yang meluas)

2.2.  Bentuk simbolik air berwarna biru melambangkan Daerah Serian mempunyai tempat rekreasi yang berpotensi iaitu Tasik Danu, Air terjun Ranchan dan batang sungai Sadong sebagai salah satu sumber rezeki penduduk tampatan.

2.3.  Bentuk gabungan separuh bulat dan segi empat menjadikan satu seal (Sebagai latar belakang) melambangkan Daerah Serian dibayangi dan dikelilingi oleh alam sekitar semulajadi yang masih segar dan ceria.

2.4.  Bentuk Buku dan “Tukul” melambangkan Bahagian Pentadbiran Am dan Ahli-Ahli Majlis yang mempunyai kuasa mutlak dalam membuat sebarang keputusan dan dasar.

2.5.  Bentuk 3 orang dan bulan sabit merah melambangkan Bahagian Kesihatan Awam yang menitikberatkan aspek kesihatan, kebersihan dan kesejahteraan Serian.

2.6.  Bentuk jalanraya dan daun melambangkan Bahagian Kejuruteraan yang memberi pembangunan infrastruktur dan lanskap untuk keceriaan dan kemesraan Daerah Serian.

Pada keseluruhannya ketiga-tiga Bahagian tersebut di atas terletak di dalam satu bentuk segi tiga sama menunjukkan kerjasama, komitmen dan tenaga yang sama rata yang telah dicurahkan oleh ketiga-tiga bahagian penggerak ke satu tujuan untuk merealisasikan slogan SERIAN – BANDAR CERIA DAN MESRA.