Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 22 Nov 2017
Versi 8.0.2c
online visitor Pelawat Di Talian 28
total visitor Jumlah Pelawat 1,353,520
Struktur MajlisStruktur Majlis

Majlis Daerah Serian mempunyai seramai 100 orang penjawat awam yang diketuai oleh Setiausaha Gred 44. Beliau merupakan Ketua Eksekutif Majlis.

Majlis Daerah Serian merupakan PBT yang diurustadbir oleh dua badan penting, iaitu badan perundangan (legislative body) dan badan eksekutif (executive body). Badan eksekutif adalah terdiri daripada anggota-anggota perkhidmatan awam (Perintah Am Pentadbiran) dan merupakan pelaksanaan polisi yang telah diputuskan oleh badan perundangan.

Majlis ini diterajui oleh seorang Pengerusi (perundangan) seorang Timbalan Pengerusi (perundangan) dan 25 orang Ahli Majlis (perundangan) yang dilantik dan Setiausaha (eksekutif). Jentera pengurusan disempurnakan oleh 97 orang anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai peringkat klasifikasi tugas di bawah urus tadbir Setiausaha. Pengerusi Majlis pula merupakan seorang Pegawai Daerah yang dilantik secara automatik mengikut Seksyen 12(2) dan (3), Ordinan Kuasa Tempatan, 1996. Manakala Ahli Majlis dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak atas cadangan oleh parti-parti politik dimana mereka merupakan rakyat Malaysia dan penduduk asal Negeri Sarawak. Tugas utama mereka ialah sebagai badan penggubal dasar dan polisi dan keputusan mereka akan dilaksanakan oleh pihak pengurusan di samping menjalankan tugas-tugas rutin.

Majlis mempunyai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang berlainan terdiri daripada Ahli Majlis untuk membuat keputusan apabila terdapat usul dibentangkan. Secara spesifiknya Jawatankuasa tersebut ialah:-

1. Jawatankuasa Tetap Kewangan & Sumber Manusia.

2. Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Pasar & Perlesenan.

3. Jawatankuasa Tetap Kerja Awam, Trafik & Kawalan Bangunan.

4. Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Landskap & Perlancongan.

5. Jawatankuasa Tetap Sukan, Komuniti & Maksud Am.

6. Jawatankuasa Pembukaan Tender / Sebut Harga.

7. Jawatankuasa Penilaian Tender / Sebut Harga.

8. Jawatankuasa Pemilihan Tender / Sebut Harga.

9. Jawatankuasa Pelaburan & Pembangunan Majlis.

Disamping itu, terdapat juga Jawatankuasa Kecil Pelaburan dan Pembangunan, Jawatankuasa Kecil Displin dan Jawatankuasa Kecil Sosial. Setiap Jawatankuasa perlu bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan jika perlu kekerapannya mengikut kehendak usul yang dibangkitkan, sebagai contoh setiap projek pembangunan yang telah dirancang perlu dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Awam, Trafik dan Kawalan Bangunan, dan sekiranya terdapat perkara yang sangat rumit, ia perlulah diteliti dan dibincangkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kecil Pelaburan dan Pembangunan. Jawatankuasa ini akan menentukan dengan sebaik-baiknya keadaan sebenar dan impak kepada ekonomi, sosial dan pembangunan seterusnya pada masa depan. Pembangunan harta tanah yang akan diadakan banyak dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa ini.

Senarai Ahli Majlis mengikut sistem zon.

Bil. Nama Kaunselor Jawatan No. Telefon
1 Lim Hock Meng  Pengerusi 082-874511
2 Dr Simon Sinang Bada Timbalan Pengerusi 013-8187828
3 Felix Kunyau anak Kuna Ahli 016-8866104
4 Harrison Lunsa Ahli 013-8101010
5 Walter Suhai Ahli 010-4087717
6 Rasawal bin Mahli Ahli 013-5733635
7 Asem anak Linkin Ahli 019-8868262
8 Julias anak Aus Ahli 019-8288730
9 Barnabas Kulor Kaoz D'Junior Ahli 013-8258323
10 Boni anak Dawel Ahli 019-4593235
11 Bill anak Thomas Junggu  Ahli 019-8789418
12 Redwan bin Abdullah Ahli 019-8784846
13 Thaddeus Atek anak Ontoh Ahli 019-8240612/014-5856918
14 Jawa @ Lawas anak Musan Ahli 019-8378116
15 Hyginus anak Kevin  Akau Ahli 019-8271380
16 Presley anak Siros Ahli 012-8879394
17 Lawrence Lubon anak Kundi Ahli 012-8081330
18 Limko @ B'latok anak Ales Ahli 011-14061088
19 Francis Liew Shong Lee Ahli 0111-0558378
20 Chong Tak Sze Ahli 011-38380000/082-617179
21 Edward anak Sayu Ahli 017-8093115
22 Philip anak Nora Ahli 013-8262500
23 Leong Pit Wee Ahli 019-8895893
24 Norma anak Rantu Ahli 019-4681069
25 Abd. Rahman Abdullah @ Raymond Bang anak Lipan Ahli 013-8305811
26 Duncan anak Dalot Ahli 014-3920923
27 Saol anak Basat Ahli 012-8880671
28 Lawrence Juan anak Lakin Ahli 019-8280978
29 Lilia anak Ringan Ahli 017-8092548
30 Luang anak Penguang Ahli 014-8829560
31 Law Enteba Ahli 019-8375547
32 Johness anak Lalong Ahli 019-8288864